Thursday, July 29, 2010

Checkup 28 Weeks Dan Suspek Talasemia..


Hari ni g checkup 28 weeks kt KK Bahau dgn encik suami..suppose hari ni kena minum air gula utk ujian MGTT..tp disbbkan beberapa problem yg xdpt dielakkan,pending next week..nurse xbg wat arini sbb sampai klinik td dh kul 11..

Tggu nk jumpe puan doktor dekat sejam..sambil tu borak2 dgn encik suami yang mengantuk,pastu kunyah kuaci nk ilangkan ngantuk..cian encik suami,pg2 dh bangun,dtg dr pahang nk antar aku g klinik arini..sayang awak,encik adi..muahh!!

Dah masuk kt dalam jumpe puan doktor,doktor pun scan..punyela lame nk tgk posisi kepala baby kt mane..Alhamdullillah uri kt atas n kepala baby dh kt bwh..patutla dkt area ari-ari aku dok sakit jer,nk shi-shi jer,rupenye kepala baby dh kt bawah..gud baby..jantina tidak dapat dikenalpasti lg..tggu scan 36 weeks la tnye doktor..hehe..berat baby dh 1.1 kg..xsangka,perut aku yg kecik ni dh ade baby yg berat 1 kg..mmg normal berat baby time 28 weeks ni..Hatta berat badan aku asyik turun naik jer..Alhamdullillah..

Sambil borak dgn doktor,laporan Talasemia Survey yang aku wat last month dh sampai..bile doktor ckp blood aku suspek talasemia,aku cuba deny..aku ckp family aku xde sorang pn yg talasemia..leukimia adela..arwah mak long n anak buahku adalah penghidap leukimia..doktor suh wat blood test next week same dgn MGTT..so Selasa depan habisla both of my hand..darah ku ditadah utk ujian talasemia dan kencing manis..hope aku xde penyakit yg berbahaya..Moga Allah jauhkan aku dari penyakit yang berbahaya..Amin..Sedikit info tentang talasemia..:-

APA ITU TALASEMIA?

Talasemia atau dalam bahasa Inggerisnya Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan haemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Haemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksijen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.(HB aku tiap2 bulan adalah 12 ke atas)
Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis talasemia iaitu:

Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai
kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia
atau pembawa.

Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai
baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
50% kemungkinan adalah pembawa
50% kemungkinan adalah normal
Tiada anak yang menghidap talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit talasemia
50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
50% kemungkinan anak mereka adalah normal

Tanda dan Gejala Penyakit Talasemia

Biasanya kanak-kanak pembawa Talasemia kelihatan normal semasa dilahirkan. Walau bagaimanapun, mereka akan mula mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
Keadaan diri pucat, sentiasa lemah, dan resah.
Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Jaundis.
Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
Tumbesaran terbantut.
Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tandalewat).

Rawatan Penyakit Talasemia

Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

No comments: